SUMBANGAN AKADEMI ABDUL RAHMAN AL AUF

RM440 / 0.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PEMJ menyambut baik pelbagai pihak untuk bersama kami dalam mencapai aspirasi ini.


Kenapa Akademi Abdul Rahman Al Auf? MashaAllah, Allah SWT izinkan PEMJ melihat dengan mata hati sisi lain keperluan mewujudkan sebuah akademi keusahawanan yang bakal melahirkan generasi berteraskan Quran dan Hadis, rupanya begitu ramai generasi baru terlalu leka dengan kehidupan usia muda mereka. Kita hendak melihat generasi akan datang mempunyai jiwa untuk membina ekonomi berpaksikan nilai Islam yang hakiki dan memikirkan kemaslahatan Ummah. Ayuh kita bantu generasi baru ini!


Assalamualaikum wbt. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di PEMJ terpanggil untuk menjalankan kempen bersedekah untuk Akademi Abdul Rahman Al Auf atau singkatannya ALAF.




Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (Hadis Riwayat Tabrani)



Hasil dari sumbangan, sasaran kami adalah untuk melahirkan usahawan melalui program secara intensif serta bantuan modal awal dibawah pemantauan PEMJ secara jangka panjang, disamping melatih mereka untuk turun ke lapangan masyarakat melihat kesusahan dan menyalurkan agihan sumbangan pada hari jumaat setiap bulan.


PEMJ mensasarkan latihan berbentuk bersemuka dan atas talian diantaranya hafalan Al-Quran, penyampaian ilmu, dan praktikal perniagaan. Beginilah perkongsian ilmu diterapkan supaya terbina jiwa-jiwa baru yang memikirkan tentang Ummah ini. Alhamdulilah.



Semoga dengan sedekah pemberian kita ini dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua & memberi ganjaran yang lebih besar untuk ini. “Sesungguhnya naungan orang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR Ahmad)


Jom sama-sama kita meraih pahala dengan Akademi Abdul Rahman Al Auf, ramai yang tidak sedar kepentingan ekonomi Ummah sebenarnya, akhirnya kita hanya dibuli oleh kapitalis ekonomi yang rakus. Ayuh kita semua bantu!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat