BANTU KAMI BINA SEMULA MUSHOLLA MANGSA GEMPA 2018

Dimulakan pada:
13 Apr, 2026
BANTU KAMI BINA SEMULA MUSHOLLA MANGSA GEMPA 2018
0.24%
RM120
/RM50,000
9
penyumbang
59
baki hari

Tentang Kempen

Bantu bina semula musholla yang runtuh. 6 tahun anak-anak hilang tempat mengaji. Sedekah jariah anda harapan kami untuk sujud semula di sini. Jom sedekah, bina saham akhirat di sumbangan.com!

Saban hari, hanya kesunyian yang menemani sisa-sisa binaan ini. Masih segar dalam ingatan, gempa bumi yang melanda Lombok pada tahun 2018 bukan sekadar menggoncang bumi, malah meranapkan jantung komuniti kami, sebuah musholla yang dahulunya menjadi tempat berteduh jiwa.

Namun kini, selepas bertahun-tahun berlalu, keadaannya sangat memprihatinkan. Akibat kekangan dana yang meruncing, musholla ini terus terbiar sepi tanpa sebarang pembaikan, tersadai sebagai saksi bisu sebuah musibah yang belum bernoktah.

Melihat ke arah bangunan ini, hati mana yang tidak luruh? Struktur bumbung dan siling yang sebahagian besarnya telah roboh dan runtuh menyembah bumi. Di setiap sudut, kebocoran jelas kelihatan, menyebabkan ruang dalaman lencun setiap kali hujan turun.

Manakala kawasan penyucian diri kini hancur dan tidak lagi dapat digunakan dan sumur yang dahulunya menjadi punca air utama kini tertutup dan kering, akibat terlalu lama tidak digunakan.

Dahulu, suasana di sini sangat hidup. Suara anak-anak kecil yang gigih mengaji dan gema takbir solat berjemaah sentiasa memenuhi ruang udara. Kini, semua itu hilang ditelan runtuhan.

"Suasana ceria itu kini diganti dengan keheningan yang menyakitkan. Bagi kami, ini adalah satu duka yang mendalam."

Masyarakat di sini sangat merindukan saat-saat mereka dapat dahi sujud di atas lantai yang sempurna. Kami merindukan fungsi musholla ini kembali sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah. Harapan kami hanyalah satu iaitu melihat rumah Allah ini tegak berdiri semula demi masa depan generasi kami.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 24, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 24, 2026
SALEH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 15, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
PONDOK ROSAK AKIBAT BANJIR HULURKAN ALMARI DAN AL QURAN
BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN