Surau bukan sekadar tempat solat, tetapi menjadi pusat tarbiah, tempat berzikir, dan medan utama anak-anak tahfiz menimba serta menghafal ilmu al-Quran. Di sinilah mereka menghabiskan waktu siang dan malam, duduk bersila dengan mushaf di tangan, mengulang ayat demi ayat dengan penuh kesungguhan. Namun, dalam suasana cuaca yang panas ketika ini dan kurang selesa, tumpuan mereka mudah terganggu, sekali gus menjejaskan kelancaran hafazan.

Justeru, Infaq Servis Penghawa Dingin Surau Tahfiz ini diwujudkan bagi memastikan ruang ibadah dan pembelajaran ini sentiasa berada dalam keadaan nyaman dan kondusif. Penghawa dingin yang digunakan setiap hari memerlukan penyelenggaraan berkala seperti mencuci penapis, menambah gas, serta pemeriksaan teknikal agar dapat berfungsi dengan baik. Tanpa servis yang teratur, ia bukan sahaja cepat rosak, malah boleh meningkatkan kos pembaikan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Apabila suasana sejuk dan selesa, hati menjadi tenang, fokus meningkat, dan proses pembelajaran menjadi lebih lancar. Inilah suasana yang kita ingin bantu wujudkan bersama melalui infaq ini.Sumbangan anda mungkin sekadar kos untuk mencuci satu unit penghawa dingin, tetapi kesannya sangat besar.
Ia membantu mencipta persekitaran yang lebih baik untuk ibadah, memperbaiki kesihatan pelajar, serta memberi keselesaan kepada semua yang menggunakan surau tersebut. Lebih daripada itu, setiap huruf al-Quran yang dibaca dan dihafal dalam suasana yang kita bantu sediakan ini, insya-Allah mengalirkan pahala yang berpanjangan buat kita.

Semoga usaha murni kalian dalam membantu maahad tahfiz ini menghasilkan keberkatan hidup ,diperluaskan rezeki, diangakat segala penyakit melalui amal jariah sedekah jariah dalam kempen kali ini.Jutaan terima kasih pihak kami ucapkan kepada semua penyumbang yang sentiasa peka dan prihatan dan bantu tahfiz ini.
“Sejukkan ruang ibadah mereka, moga Allah sejukkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.”
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini