BANTU HENTIKAN KELAPARAN ANAK YATIM DAN ASNAF

Dimulakan pada:
08 Apr, 2025
BANTU HENTIKAN KELAPARAN ANAK YATIM DAN ASNAF
80.46%
RM804,593
/RM1,000,000
25912
penyumbang
86
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan bantuan dana bagi menampung kos operasi pusat jagaan anak yatim dan asnaf disini selama setahun.
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh telah menubuhkan Rumah Amal Asnaf Al Barakh bertempat di Lembah Keramat, Ulu Kelang dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Yusof Noordin pada tahun 2011. Penghuni disi...
Kempen ini bertujuan mendapatkan bantuan dana bagi menampung kos operasi pusat jagaan anak yatim dan asnaf disini selama setahun.

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh telah menubuhkan Rumah Amal Asnaf Al Barakh bertempat di Lembah Keramat, Ulu Kelang dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Yusof Noordin pada tahun 2011. Penghuni disini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf dan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Malah ada diantara mereka dihantar sendiri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah terkini adalah seramai 37 orang penghuni termasuk 2 orang bayi.


BERI MEREKA PELUANG BINA HIDUP BARU


Dengan rasa simpati Tuan Haji Yusof Noordin selaku pengasas mengambil inisiatif untuk menempatkan anak-anak ini agar mereka dapat menjalani hidup yang lebih sempurna dengan membekalkan kelengkapan untuk mereka boleh belajar dengan sempurna, mendapat tempat tidur yang selesa dan menjamin masa depan yang lebih sempurna.



Penghuni Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia yang terdiri dari golongan tidak berkemampuan dan anak yatim


“Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut)”


BERI MEREKA PELUANG BINA HIDUP BARU


Dengan rasa simpati Tuan Haji Yusof Noordin mengambil inisiatif untuk menempatkan anak-anak ini agar mereka dapat menjalani hidup yang lebih sempurna, dengan membekalkan kelengkapan untuk mereka boleh belajar dengan sempurna, mendapat tempat tidur yang selesa dan menjamin masa depan yang lebih sempurna.


Anak-anak yatim dibimbing dalam menjalankan kewajipan harian mereka.


BANTUAN DANA SUMBANGAN KOS OPERASI


Pada 2025 pasti akan lebih mencabar buat rumah ini, kos dana operasi yang semakin meningkat memberi tekanan kepada Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia untuk menampung 20 penghuni. Kos operasi pada tahun 2024 dianggarkan sebanyak RM28,960 sebulan adalah jumlah yang besar buat kami, malah pada tahun 2025, dianggarkan kos akan meningkat, pasti akan memberi tekanan rumah Al Barakh untuk terus beroperasi.




SUMBER KEWANGAN


Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke Rumah Amal Asnaf Al Barakh. Kos operasi pertubuhan setiap bulan agak tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan seringkali menganggu program serta aktiviti yang ingin dijalankan.



Ekoran itu, Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang untuk Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan. Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Surah Ali Imran, ayat 92


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 03-4142 9577/ 017 2474550 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat : No.16, Jalan Au 3/1 Taman Sepakat Keramat 54200 Ulu Klang.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 11, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 10, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN