Di beberapa kawasan pedalaman Uganda, air bersih masih menjadi satu kemewahan yang jauh dari jangkauan. Ramai keluarga terpaksa bergantung kepada sungai, lopak air bertakung, dan sumber yang tidak terjamin kebersihannya untuk kegunaan harian termasuk untuk minum, memasak, dan membasuh.

Setiap hari, anak-anak kecil berjalan jauh, merentas panas dan debu, hanya untuk membawa pulang air yang belum tentu selamat. Keadaan ini bukan sahaja membebankan, malah turut mengundang pelbagai penyakit seperti cirit-birit, jangkitan kulit, dan masalah kesihatan lain yang boleh dielakkan sekiranya air bersih tersedia.
Melalui Kempen Infak Telaga Air Uganda, kita berusaha untuk membawa satu perubahan yang sangat bermakna, membina telaga air bersih yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada sebuah komuniti yang amat memerlukan. Telaga ini bukan sekadar sumber air, tetapi sumber kehidupan, kesihatan, dan harapan.

Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk:
1. Membina telaga air bersih yang selamat digunakan
2. Menyediakan akses air yang lebih dekat dan mudah
3. Mengurangkan beban harian wanita dan kanak-kanak
4. Mencegah penyakit akibat air tercemar
5. Menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya selagi mana air itu digunakan
Bayangkan setiap titisan air yang diminum oleh seorang anak, seorang ibu, atau satu keluarga semuanya menjadi saksi kebaikan anda di sisi Allah SWT.

“Apabila manusia memberi minum air kepada makhluk yang dahaga, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai syurga.”
Jom bersama-sama kita realisasikan projek ini. Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka. Hulurkan sumbangan anda hari ini melalui Kempen Infak Telaga Air Uganda, dan jadilah asbab kepada kehidupan yang lebih baik, lebih sihat, dan lebih bermakna.
Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen Terkini – Projek Pembinaan Telaga Air Uganda 2026 (Telaga 1, Nakintende, Kibuku, Uganda)
Alhamdulillah, selepas berakhirnya musim Aidiladha yang menyaksikan semangat pengorbanan dan keprihatinan umat Islam dizahirkan melalui ibadah korban, projek pembinaan telaga air di Nakintende, Kibuku, Uganda turut menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Hasil sokongan para penyumbang, Telaga 1 kini telah memasuki fasa pengujian bagi memastikan sumber air yang diperoleh selamat dan sesuai digunakan oleh penduduk setempat.
Berdasarkan laporan terkini daripada pasukan di lapangan, kerja-kerja penggerudian dan pembinaan struktur asas telaga telah berjaya dilaksanakan. Proses pengujian air sedang dijalankan untuk menilai kapasiti sumber air serta memastikan bekalan yang diperoleh mampu memenuhi keperluan komuniti yang telah sekian lama berdepan kesukaran mendapatkan air bersih.

Penduduk di Nakintende amat teruja dengan perkembangan ini kerana telaga tersebut bakal menjadi sumber kehidupan baharu buat mereka. Sebelum ini, ramai penduduk terpaksa berjalan jauh setiap hari untuk mendapatkan air daripada sumber yang tidak terjamin kebersihannya. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan urusan harian, malah meningkatkan risiko penyakit bawaan air tercemar terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Walaupun perkembangan projek sangat positif, dana yang diterima setakat ini masih belum mencukupi untuk menampung keseluruhan kos pembinaan, pengujian, pemasangan kemudahan tambahan serta kerja-kerja penyempurnaan projek. Justeru, HUMAM Relief merayu kepada para penyumbang dan orang ramai untuk terus bersama-sama menyokong usaha ini agar telaga dapat disiapkan sepenuhnya dan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti yang memerlukan.
Semangat pengorbanan yang dizahirkan sepanjang Aidiladha baru-baru ini diharapkan dapat diteruskan melalui sumbangan kepada projek telaga air ini. Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar membantu menyediakan akses kepada air bersih, malah menjadi asbab kepada peningkatan kesihatan, kebersihan dan kualiti hidup ratusan penduduk di Nakintende.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berterusan buat semua penyumbang. Masih ada ruang untuk kita berkongsi rezeki dan menghadiahkan sumber kehidupan yang berkekalan kepada saudara-saudara kita di Uganda. Ayuh teruskan sokongan anda kerana dana tambahan masih diperlukan bagi memastikan projek ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Laporan Kempen Terkini – Projek Pembinaan Telaga Air Uganda 2026
Alhamdulillah, perkembangan terkini projek pembinaan telaga air di Uganda menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan. Melalui inisiatif HUMAM Relief di bawah program WASH (Water, Sanitation & Hygiene), struktur utama telaga kini telah berjaya dibina dan berada di fasa akhir penyempurnaan.
Berdasarkan keadaan semasa di lokasi projek, kerja-kerja pembinaan platform telaga dan pemasangan paip utama telah siap dilaksanakan. Pasukan di lapangan bersama penduduk setempat turut berganding bahu memastikan proses pembinaan berjalan lancar demi menyediakan sumber air bersih yang selamat dan mudah diakses oleh komuniti sekitar.
Seperti yang dapat dilihat melalui perkembangan terbaru, telaga ini bakal menjadi sumber kehidupan baharu buat penduduk kampung yang sebelum ini terpaksa berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian. Kehadiran telaga ini juga diharapkan dapat mengurangkan risiko penyakit bawaan air tercemar serta meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan masyarakat setempat.
Projek ini bukan sekadar pembinaan sebuah telaga, tetapi juga simbol harapan dan kasih sayang daripada para penyumbang yang prihatin terhadap nasib saudara kita di Uganda. Setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kepada perubahan kehidupan yang lebih baik, khususnya buat kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.
Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang, sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Telaga Air Uganda 2026 ini.

Laporan Kempen Terkini – Projek Pembinaan Telaga Air Uganda 2026
Alhamdulillah, projek pembinaan telaga air di kawasan Nambiri dan Nangayiza, Uganda kini sedang giat dilaksanakan melalui inisiatif HUMAM Relief di bawah program WASH (Water, Sanitation & Hygiene).
Berdasarkan perkembangan semasa di lapangan, kerja-kerja penggalian telaga telah dimulakan dengan kerjasama komuniti setempat. Penduduk kampung turut bersama-sama membantu proses pembinaan sebagai tanda harapan dan kesyukuran terhadap usaha menyediakan akses air bersih di kawasan mereka.
Seperti yang dapat dilihat, proses penggalian sedang dilakukan secara manual di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi sumber air. Projek ini amat penting memandangkan ramai penduduk di kawasan pedalaman Uganda masih berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih dan selamat untuk kegunaan harian.
Melalui projek ini, HUMAM Relief berharap dapat membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan air tercemar, meningkatkan tahap kebersihan dan sanitasi, serta memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga dan kanak-kanak di kawasan tersebut.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kehidupan yang lebih baik buat komuniti di Nambiri dan Nangayiza, serta menjadi amal jariah yang berterusan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat.

🚨 Mereka Terpaksa Minum Air Tercemar Demi Kelangsungan Hidup
Di Uganda, cabaran utama bukan perubahan suhu, tetapi perubahan musim hujan dan kemarau yang memberi kesan besar terhadap sumber air bersih. Ramai penduduk terpaksa menggunakan air dari lubang takungan kecil yang tercemar dan tidak selamat untuk diminum.
“Air yang kami gunakan sangat kotor dan tidak selamat. Ketika hujan, najis dan kotoran dibawa masuk ke sumber air ini,” kata Christopher Abigaba, 26 tahun dari Komuniti Kisalizi.
Keadaan ini menyebabkan peningkatan penyakit bawaan air, kos rawatan yang tinggi, serta menjejaskan kehidupan harian dan pendidikan masyarakat setempat. Namun kerana tiada pilihan lain, mereka terpaksa menggunakan apa sahaja sumber air yang ada.
Pasukan HUMAM Relief kini berada di lapangan bagi membantu komuniti ini melalui projek penggalian telaga air bersih demi memberi akses kepada sumber air yang lebih selamat dan bermaruah.
Sumbangan anda amat diperlukan untuk menjayakan usaha ini dan membawa harapan baharu buat mereka. 🤲💙
Sebuah telaga air bersih telah siap dibina oleh HUMAM Relief di Nalgugu, Sironko District, Uganda tahun lepas. Telaga ini kini menjadi sumber kehidupan bagi lebih 500 orang penduduk kampung yang sebelum ini terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air.
Tahun ini, tim HUMAM Relief akan ke Nambiri dan Nagazia, Uganda bagi pelaksanaan korban dan juga menggali telaga buat kegunaan masyarakat Islam yang terpinggir dan susah di sana.
Keperihatinan anda dapat membantu mereka mendapat air bersih yang sangat penting demi kelangsungan hidup mereka.

Tim HUMAM Relief akan berlepas ke Uganda sebelum tiba hari raya Aidil Adha untuk menguruskan korban dan seterusnya meninjau projek penggalian telaga buat penduduk di sana yang memerlukan.
Bantuan amat diharapkan bagi memastikan projek ini berjaya.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini